Tuesday, September 15, 2009

Suka Duka Dalam Kehidupan


(Nasihat untuk anaku Noor Aqilah)
1. Andaikata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andaikata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki
2. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
3. Percayalah....Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorang yang bakal mewarnai hidupnya.
4. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.
5. Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.
6. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.
7. Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorang terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.
Apa jua pun, maka Cinta kepada Allah yang maha esa adalah sebenarnya Cinta Yang Agung.

Wednesday, September 9, 2009

Keikhlasan

• Keikhlasan adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati.
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah.
• Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.

Monday, September 7, 2009

Mendisiplinkan Anak

1. Ibubapa bertanggung jawab dalam membimbing anak-anak. Bagaimana cara anda membimbingnya, jangan terlalu mengkritik, menyalahkan atau mencari-cari kesalahan. Hal yang sedemikian akan menimbulkan rasa percaya dirinya sehingga membuatnya merasa marah dan sedih. Tetapi jika sebaliknya berusahalah agar selalu menunjukkan rasa sayang anda walaupun anda sedang menghukumnya.

2. Pastikan mereka tahu bahwa walaupun dia telah berbuat kesalahan, anda akan tetap selalu mencintainya.

3. Disiplin sangat diperlukan oleh kita, termasuk anak kita agar mereka berada dengan perilaku yang baik, berdisiplin dan berdikari. Tetapkan aturan-aturan di rumah yang dapat membantu anak memahami erti disiplin, diantaranya peraturan menonton TV setelah menyelesaikan kerja (homework) sekolah dan waktu tidur yang mencukupi.

4. Jika mereka tidak mematuhi aturan berilah hukuman. Perlu juga diingat bahwa hukuman yang diberikan harusnya bersifat membina dan memberi kesedaran akan kesalahan yang pernah dilakukan. Insyaalah