Monday, August 24, 2009

Keampunan dengan doa

Renungan untuk Keluarga (kesayangan ku);

i. Doa perlu didahului dengan memohon ampun kepada Allah. Tidak mungkin doa seseorang itu diterima, di kala dirinya masih dengan dosa yang mengundang kebencian dan kemurkaan Allah.

2. Memohon ampun dan bertaubat adalah ibadah yang besar untuk membuktikan pengabdiannya kepada Allah.

3. Solat mengandungi pelbagai unsur doa, kerana solat itu sendiri bermakna doa.


".........Ya Tuhan kami janganlah engkau hukum kami jika kami lupa. atau kami tersalah. Ya Tuhan' kami jangahlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya.Beri maaflah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami.Engkau penolong kami maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. " (Maksud surah Al-Baqarah ayat 286.)
Wallahu a'lam

Sunday, August 23, 2009

Ujian Allah ke atas makhlukNya

Untuk renungan anak ku Noor Aqilah (yang ku sayang);

1. Kita(sebagai makhluk Allah) tidak ada seorang pun terlepas daripada diuji. Hanya bentuk ujian yang berbeza. Firman Allah bermaksud: "(Balasan) yang demikian itu kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Anfal, ayat 53);

2. Sehubungan itu, kita perlu melakukan muhasabah diri dengan tulus ikhlas. Apakah kita sudah menunaikan segala tanggungjawab terhadap Allah, rasul, ibu bapa, anak-anak, saudara mara, jiran tetangga, masyarakat, negara, saudara seagama seluruhnya.

3. Jika kita bersabar Insya-Allah ganjarannya sangat besar. Paling utama daripada segala-galanya adalah doa. Sesungguhnya hati manusia adalah milik Allah. Hanya Dia yang berkuasa mengubahnya.

YA ALLAH!
AKU TIDAK LAYAK UNTUK SYURGAMU...
TETAPI AKU JUA TIDAK PULA SANGGUP MENANGGUNG SEKSA NERAKAMU...
OLEH ITU KURNIAKANLAH KEAMPUNAN KEPADAKU...
AMPUNKANLAH DOSAKU... YA ALLAH.....
SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YANG MAHA PENGAMPUN LAGI PENYAYANG!
ALLAHHU AKBAR

Ketenangan

Untuk Noor Aqilah (anak kesayanganku)....

1. Anakku, Allah telah memberikan segala-galanya kepada kita. Apakah ia mendapatkan ketenangan melalui doa? Apakah manusia akan tenang walaupun dia tidak akan pernah merasa kelaparan? Apakah harta bendanya membuatnya tenang? Apakah kekuasaan akan membuatnya tenang? Kenapa manusia tidak tenang? Kenapa memiliki semua hal ini tetap tidak dapat membuat manusia tenang?

2. Permata hatiku yang menyinari mataku, Kita tidak dapat mencapai ketenangan melalui semua hal tersebut. Kita harus memikirkan apa yang akan membuat kita tenang. Apakah permata dari ketenangan? Apa yang memberikan kita ketenangan? Jika kita memikirkannya dan mengerti, lalu kita akan menemukan kebahagiaan didalam hidup kita. Kita tidak dapat menemukannya melalui emas atau dunia atau wanita atau anak, melalui kekuasaan, melalui politik, melalui pesawat, melalui lautan, melalui matahari atau bulan. Kita tidak akan pernah mendapatkan ketenangan melalui hal tersebut.

3. Apalah kami orang tua memiliki ketenangan? Apakah orang yang telah berkeluarga memiliki ketenangan? Apakah orang yang mempunyai taman-taman yang indah memiliki ketenangan? Apakah orang yang mempunyai kolam renang memiliki ketenangan? Tidak,

4. Kita tidak akan pernah menemukan ketenangan melalui hal tersebut. Ketika kita telah membangun sifat ini didalam diri kita, kita akan tenang dan tenteram. Selain itu, kita tidak akan pernah tenang. Anakku yang aku sayangi. Kita harus memikirkan hal ini. Untuk menemukan kebebasan bagi jiwa kita, pertama kita harus mengetahui apa yang membuat kita tenang. Lalu kita akan mencapai tahap Kasih Sayang Allah, Syurga, dan Dunia. Kita dapat menjadi wakil (khalifa)Nya, hidup dengan penuh kebebasan, tanpa kelahiran atau kematian. Tidak ada apapun yang dapat membuat kita tenang.

5. Anakku yang aku sayangi. Ini cukup untuk saat ini. Mari kita merenungkannya. Jika kita dapat mengerti hal ini, ini akan lebih dari cukup untuk keabadian dan bertaqwa. Semoga Ia memberikan kita Kasih Sayang untuk ketenangan didalam diri kita. Amin.

Friday, August 21, 2009

Berpuasa

Panduan dan ingatan untuk Noor Aqilah dan anak-anak ku yang dikasihi;

Orang yang makan atau minum kerana terlupa di siang hari dalam bulan Ramadhan, dalam keadaan berpuasa, tidaklah batal puasanya, dan harus meneruskan puasanya tanpa adanya sangsi apapun. Dalam suatu hadits disebutkan sebagai berikut:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِي اللهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ نَسِيَ وَهُوَ صَائِمٌ فَأَكَلَ أَوْ شَرِبَ فَلْيُتِمَّ صَوْمَهُ فَإِنَّمَا أَطْعَمَهُ اللهُ وَسَقَاهُ. [رواه الجماعة].

Ertinya: “Dari Abu Hurairah r.a. (diriwayatkan bahwa) ia berkata: Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa lupa sedang ia berpuasa, lalu makan dan minum, maka sempurnakanlah puasanya, karena sesungguhnya Allahlah yang memberi makan dan minum itu kepadanya.” [HR. Al-Jama‘ah].
___________________________________
http://www.muhammadiyah.or.id/index.

Sunday, August 9, 2009

Mendidik Anak


a. Cara yang paling sesuai adalah melalui pemantauan dari masa kesemasa dan sentiasa memberikan input yang baik-baik terhadap mereka sewaktu dari masih kecil lagi. Ibubapa perlu berusaha menunjukan teladan yang baik dan sempurna. Dalam situasi seperti ini, anak-anak tetap akan menghargai orang tuanya.

b. Meluangkan waktu setiap harinya untuk berbincang dan bercerita dengan anak dalam suasana yang penuh dengan kemesraan dan kegembiraan. Berbincang mengenai pemahaman tentang moral. Selain itu, waktu bercerita juga dapat kita manfaatkan untuk memahami dalam pengalaman hidup sehari-hari.

c. Kita juga perlu memberi nasihat kepada mereka bilamana ia menunjukkan penyesalan di atas kesilapan yang dilakukan. Sebaliknya, perilaku terpuji anak juga perlu diberikan pujian. Dengan bertindak demikian, mengingat besarnya peranan lingkungan terhadap pembentukan moral anak, kita tidak boleh lupa mendoakan anak-anak kita. Setiap ibubapa perlu memohon hikmat dari Allah untuk bukan saja dapat mendidik anaknya, tetapi kita memohon Allah agar memberi petunjuk serta kesejahteraan hidup dengan amalan baik dan suci dari melakukan perkara yang munkar.

Wednesday, August 5, 2009

Tanggungjawab anak kepada ibubapanya


Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu:-
a. tanggungjawab semasa mereka masih hidup; dan
b. tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.

o Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.

o Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.

o Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.

o Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” - Riwayat al-Hakim