Thursday, July 30, 2009

Ibu yang bekerja


1. Ibu atau isteri bersama-sama mencari nafkah bagi membantu suami untuk memenuhi keperluan kewangan kerana kos sarahidup kian meningkat. Kepada mereka yang ikut bekerja mempunyai banyak pilihan. Ada yang memilih bekerja di rumah dan ada pula yang memilih bekerja di luar rumah (di sektor awam mahu pun swasta atau berniaga). Jika ini berlaku iaitu memilih bekerja di luar rumah maka mereka perlu mengatur urusan rumah tangga kerana tanggungjawab utama iaitu urusan rumah tangga termasuk mengawasi, mengatur dan membimbing anak-anak terutama kepada mereka yang mempunyai anak yang masih kecil (yang masih memerlukan kasih sayang dan penjagaan rapi).

2. Pembentukan keperibadian seorang anak bermula sejak diperingkat umur berusia di bawah 5 tahun. Anak akan belajar dari orang-orang dan lingkungan sekitarnya tentang hal-hal apa yang dilakukan. Contohnya anak-anak yang berada di lingkungan orang-orang yang sering marah, memukul, dan lainnya, maka anak itu juga akan mempunyai keperibadian yang nakal dan munkin juga ganas. Untuk itu ibu atau orang tua harus bijaksana dalam memantau serta memerhatikan anak sewaktu mereka bekerja.

3. Untuk itu maka ibu yang bekerja di luar rumah harus bijaksana mengatur waktu. Bekerja untuk memenuhi keperluan keluarga memang sangat mulia, tetapi harus diingat bahawa tugas utama seorang ibu ialah ke atas rumah tangganya. Tetapi pengorbanan tersebut akan menjadi suatu kebahagiaan jika melihat anak-anaknya berjaya dengan menjadi seorang mempunyai nilai-nilai peribadi yang tinggi, mulia dan hebat.

4. Walau bagaimana sekali pun tanggungjawab tersebut tentunya bukan hanya untuk seorang ibu saja tetapi ayah juga harus membantu untuk melakukan tugas-tugas rumah tangga sehingga keutuhan dan keharmonian akan tetap terjaga dengan baik.

Wednesday, July 29, 2009

Doa Ayah untuk anak-anak ku yang tersayang;


Ya Allah,
Terima kasih karena Engkau mempercayai diriku yang rendah ini untuk memperoleh kurnia terbesar dalam hidupku.
Ku pohon Ya Allah,
Jadikan buah kasih hambaMu ini, orang yang bererti bagi sesamanya dan bagiMu.
Berikan pula jalan yang lurus dan luas bentang, agar ia dapat meresapi kehidupan dengan seutuhnya.
Sekali lagi kupohon Ya Allah,
Sertailah anak-anak ku dalam setiap langkah yang ia tempuh dan jadikan ia sesuai , doa ayah selalu menyertaimu.


Nasihatku kepada anak-anak ku....

Kita tidak dapat melihat apa yang kita nampak sesuatu dengan mata hati kita. Apa yang kita lihat dengan kedua mata kita, jelas sepenuhnya seperti apa yang sebenarnya terjadi. "Kasih seorang ayah, seorang ibu, saudara-saudara, orang-orang di sekitar kita, dan terutama kasih kepada Allah, yang dilimpahkan pada kita dengan berbagai cara.
Maka ketahuilah oleh anak-anak ku bahawa kasih sayangku terhadap mereka kekal sehingga akhir hayatku. Aku doakan yang baik-baik, tidak sekali yang buruk agar anak-anak ku berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Insyaallah…

Tuesday, July 28, 2009

Pendidikan Anak-Anak


1. Adapun orang yang mendidik anaknya di zaman sekarang terbahagi kepada dua bahagian.

a. Pertama anak-anak dididik menurut garis yang dikehendaki oleh ayah bondanya, menurut jalan cita-citanya.
b. Kedua anak-anak dibiarkan sahaja menurut bakatnya sendiri.


2. Di dalam keadaan yang pertama itu anak-anak tidaklah bebas mengikut hatinya sendiri dan semuanya ditentukan oleh ibubapanya maksudnya begitulah pendidikan yang betul. Suatu pendidikan yang diasaskan kepada paksaan itu, banyak menimbulkan jemu di dalam hati, dan menghabiskan masa dengan kerja yang berfaedah.

3. Pendidikan yang kedua, ialah anak-anak dibiarkan sahaja mengikut kehendaknya sendiri. Dengan berbuat demikian padahal merosakan anak itu sendiri. Meskipun tadi dikatakan bahawa tiap-tiap manusia itu mempunyai cara hidup masing-masing. Anak yang demikian akhirnya akan menjadi pemalas, kerana apa yang dimintanya dapat sahaja, tidak mahu mencari sendiri.

4. Berilah anak itu kebebasan berfikir dan perhatikan di dalam kebebasan itu jangan diabaikan, baik oleh gurunya atau oleh ayah bondanya, supaya jangan dia sebagai kayu yang layu pucuknya, kerana tengah hari tepat disiram juga dengan air. Pendidikan yang bersipat pimpinan, yang bersipat membukakan jalan, adalah seumpama udara dan cahaya matahari, biarkan dia kena udara dan kena cahaya matahari, dia akan sanggup hidup sendirinya.

Wallahualam.

Sedutan Nota: BEBERAPA ASPEK DARI PEMIKIRAN HAMKA TENTANG PENDIDIKAN OLEH: MUHAMMAD ‘UTHMAN EL-MUHAMMADY

Kasih Sayang dalam Kekeluargaan


1. Wang ringgit dan kebebasan bukan segalanya. Manusia mencari kekayaan dan kepuasan, sedangkan ia bukannya memberi ketenangan.
2. Ramai anak gadis yang sanggup meninggalkan keluarganya kerana mencari kasih sayang, malah ada yang sanggup menukar agama. Ibu bapa menangis kerana merasai kasih sayang yang mereka beri selama ini tidak dihargai. Mereka menyayangi dengan sentiasa berleter, tetapi bagi anak itu ia adalah tanda kebencian ibu bapa terhadap dirinya. Apabila anak bertindak di luar dugaan, ibu bapa memarahi anaknya kerana beranggapan anaknya tidak memahami bahawa apa yang dilakukan mereka selama ini adalah kerana kasih sayang. Walhal, kasih sayang itu tanpa sedar telah merosakkan anaknya.
3. Ibu bapa memerlukan ilmu psikologi yang baik dalam menangani masalah jiwa anak-anaknya. Mereka dengan egonya gagal menyinari cahaya kasih sayang kepada anak-anaknya.
4. Keluarga menjadi suram, segala hiasan rumah seolah memandang sinis kepada penghuni-penghuninya. Ia bagaikan berkata, 'apa pentingnya aku di sini jika penghuninya suka berada di luar rumah'. Kerusi yang cantik dan mahal sudah tidak membawa keselesaan kepada penghuninya.
5. Percayalah, anak-anak tidak akan melupakan mereka, anak-anak tidak tergamak melakukan perkara yang tidak baik lantaran malu dan menghargai kasih sayang yang dicurahkan ibu bapanya.

6. Mereka mengutamakan nilai kasih sayang bukannya kasih sayang ciptaan syaitan dan nafsu. Inilah kasih sayang yang hidup pada generasi awal Islam. Alangkah indahnya kehidupan itu dan alangkah beruntungnya mereka. Mereka kini sedang mengecapi kebahagiaan dan menikmati berbagai-bagai nikmat Allah di alam barzakh sana, sedang kita yang bodoh dan buta hati terkapai-kapai dan terlena dengan kenikmatan yang sedikit dan sementara ini.;
7. Aku amat menyayangi keluargaku..... kegembiraan, kemesraan mereka adalah kebahgiaanku jua.